fb fb fb fb fb

Kerajaan komited siapkan projek LTU

PELANGAI, 26 September- Kerajaan komited memastikan projek jajaran Lingkaran Tengah Utama (LTU) menghubungkan Lebuhraya Pantai Timur dengan Simpang Pelangai dapat disiapkan.

Jelas Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, kertas kerja dan pelan reka bentuk projek telah siap di peringkat kementerian.

Bagaimanapun perkara itu masih lagi dalam pertimbangan oleh Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi sebelum dibentang dalam Belanjawan 2024.

"Kerja-kerja kita di Kementerian Kerja Raya sudah selesai termasuk pelan. Kita cuma menunggu kelulusan peruntukkan di peringkat Kementerian Kewangan, yang akan direstui Kementerian Ekonomi," katanya kepada pemberita semasa program ramah mesra bersama-sama penduduk Kampung Shafie, Manchis.

Laluan sepanjang 35 kilometer itu menelan kos sebanyak RM987 juta dan dijangka siap dalam tempoh tiga hingga lima tahun.

Calon BN bagi PRK DUN Pelangai Datuk Amizar Abu Adam turut hadir pada program itu.

(Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad)

Media Baharu