
KUALA LUMPUR, 15 Mac – Kerajaan akan terus mengekalkan keistimewaan Bangunan Sultan Abdul Samad bagi memastikan ia kekal menjadi destinasi tumpuan utama warga kota dan pelancong.
- Memperkasakan Bangunan Sultan Abdul Samad melalui penganjuran program kemasyarakatan yang lebih kerap.
- Naik taraf oleh kerajaan madani menyebabkan bangunan tular, terutama waktu malam dengan pencahayaan menarik di media sosial.
- Menjadikan Dataran Merdeka kawasan lapang rekreasi; Program Iftar Ramadan dan Malam 7 Likur menunjukkan tradisi 14 tahun terus diminati.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, usaha memperkasakan bangunan ikonik tersebut itu akan dipergiat menerusi penganjuran pelbagai program kemasyarakatan yang lebih kerap pada masa akan datang.
“Walaupun program ini telah dibuat sepanjang 14 tahun, tetapi kali ini agak unik kerana kerajaan madani telah menaik taraf bangunan sultan abdul samad. Bangunan Sultan Abdul Samad ini menjadi tular dan sohor kini dalam media sosial terutamanya pada waktu malam, lampu cantik.
“Jadi hasrat kita adalah terus menyediakan kawasan lapang seperti dataran merdeka untuk pastikan warga kota ada tempat berekreasi bersama keluarga,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam kepada pemberita selepas merasmikan Program Iftar Ramadan dan Malam 7 Likur 2026 di Dataran Merdeka di ibu negara.
Mengulas mengenai penganjuran tradisi program yang sudah memasuki tahun ke-14 ia sekali gus membuktikan kawasan itu kekal menjadi pilihan utama warga kota dan pelancong untuk merasai kemeriahan bulan Ramadan.