fb fb fb fb fb

Kerajaan Johor tidak terima laporan mengenai GISBH

Foto FB Mohd Fared Mohd Khalid

JOHOR BAHRU, 15 September- Kerajaan Johor telah bertemu dengan Cawangan Khas Bukit Aman untuk mendapatkan taklimat berhubung isu ajaran sesat Al–Arqam, yang didakwa mempunyai kaitan dengan Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH).

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, tiada laporan diterima pihaknya berhubung isu tersebut.

"Semakan mendapati pihak GISBH hanya menjalankan perniagaan di Johor.

"Sejak 2011 hingga kini, hanya empat kes berhubung fahaman Al–Arqam, direkodkan dalam negeri dan situasi berhubung penyebaran ajaran sesat adalah terkawal," katanya selepas merasmikan Penutupan Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia 2024 di sini pagi tadi.

BERITA BERKAITAN: 

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM