Kerajaan disaran nilai semula dasar pastikan manfaat ekonomi dirasai rakyat

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz

AYER KEROH, 15 Ogos — Kerajaan disaran menilai semula setiap dasar yang dilaksanakan bagi memastikan manfaat pertumbuhan ekonomi dapat dirasai secara lebih menyeluruh oleh rakyat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan perlu menilai semula dasar supaya manfaat pertumbuhan ekonomi dirasai lebih menyeluruh oleh rakyat.
  • Penilaian ekonomi mesti meliputi pencapaian semasa, kelangsungan dan kesan langsung kepada kehidupan rakyat.
  • Komunikasi kerajaan perlu diperbaiki agar maklumat bantuan dan inisiatif sampai tepat kepada semua.
  • Parti perlu pastikan jentera kukuh untuk membantu menyampaikan maklumat dan sokongan kepada masyarakat.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, pertumbuhan ekonomi perlu dinilai bukan sahaja berdasarkan pencapaian semasa, tetapi juga kelangsungan serta kesannya kepada rakyat.

“Dari segi pertumbuhan ekonomi, inflasi, kadar pengangguran dan kekukuhan ringgit, semuanya menunjukkan Malaysia berada pada tahap yang baik berbanding negara-negara lain.

“Dan ini sebabnya kita perlu melihat semula setengah polisi yang telah kita umumkan. Saya pun dah buat beberapa saranan untuk kita melihat bagaimana ekonomi kita ini dapat dirasai oleh semua,” katanya ketika ditemui selepas Kongres Nasional PKR 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, hari ini.

Beliau berkata, aspek komunikasi kerajaan juga perlu diperbaiki bagi memastikan maklumat yang tepat mengenai bantuan dan inisiatif kerajaan sampai kepada rakyat.

Katanya, parti juga perlu memastikan jentera yang kukuh dan kuat bagi membantu menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

Kongres Nasional PKR 2026 berlangsung selama tiga hari menghimpunkan lebih 2,500 perwakilan dan 3,000 pemerhati di MITC Ayer Keroh.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.