fb fb fb fb fb

Keracunan makanan, KPM lakukan siasatan penuh

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek

GUA MUSANG, 23 April - Kementerian Pendidikan (KPM) akan melakukan siasatan penuh dan terperinci berhubung kejadian lebih 70 pelajar di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu mengalami keracunan makanan, Sabtu lalu.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata kementerian memandang serius dan tidak akan berkompromi dalam isu membabitkan kesihatan pelajar.

"Tindakan susulan sedang diambil oleh Jabatan Pendidikan Negeri bersama Kementerian Kesihatan untuk menyiasat punca keracunan makanan," katanya selepas Majlis Pelancaran Bahan Enhancing Reading Through Digital Text di bawah Program Literasi untuk Murid Orang Asli dan Peribumi di Sekolah Kebangsaan Kuala Betis, di sini.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin mengesahkan sebanyak 75 pelajar di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu berusia antara 13 hingga 17 tahun mengalami keracunan makanan dan telah menerima rawatan.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN