Keputusan SPM 2025 diumum 31 Mac

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 9 Mac – Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 akan diumumkan pada 31 Mac ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • 413,299 calon mendaftar untuk SPM 2025 di 3,350 pusat peperiksaan seluruh negara.
  • Calon sekolah mendapatkan keputusan di sekolah; sekolah diminta memastikan penyerahan keputusan dilaksanakan secara cekap dan teratur.
  • Calon persendirian boleh hubungi Jabatan Pendidikan Negeri; semakan juga boleh dibuat dalam talian (myresultspm.moe.gov.my) atau SMS (hantar 'SPMNoKPAngkaGiliran' ke 15888).

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), seramai 413,299 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan berkenaan di 3,350 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan masing-masing di sekolah mulai pukul 10 pagi.

Pihak sekolah turut diminta memastikan proses penyerahan keputusan kepada calon dilaksanakan secara cekap dan teratur.

Bagi calon persendirian, mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mendaftar untuk mendapatkan keputusan.

Calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan melalui dua kaedah iaitu secara dalam talian menerusi pautan myresultspm.moe.gov.my bermula 10 pagi, 31 Mac hingga 6 petang, 6 April.

Semakan juga boleh dibuat melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888 dalam tempoh sama.