fb fb fb fb fb

Kepengerusian ASEAN 2025: Peluang perkukuh ekonomi dan kestabilan serantau

Pakar Geopolitik Dr. Lee Pei May

KUALA LUMPUR, 1 Januari - Malaysia berpeluang memperkukuh pertumbuhan ekonomi komuniti ASEAN apabila menggalas tanggungjawab sebagai pengerusi bermula tahun ini.

Justeru, kepimpinan Malaysia membuka peluang lebih besar bagi memperkasa kerjasama antara negara anggota selain memastikan kestabilan serantau.

Menurut Pakar Geopolitik Dr. Lee Pei May, negara juga beroleh manfaat jika semua negara anggota perlu membentuk satu benteng negara blok yang kuat berikutan kestabilan negara serantau diperlukan demi kepentingan bersama.

"Apabila ASEAN berdepan dengan cabaran atau berurusan dengan negara lain, ASEAN harus mengambil pendirian dan tindakan yang bersatu. ASEAN mesti memahami dan menyedari bahawa mereka kuat apabila bersatu dan lembah apabila berpecah. Perpaduan adalah sangat penting untuk ASEAN apabila kita di dalam satu dunia yang semakin tidak stabil," kata Dr. Lee kepada pemberita RTM.

Tambahnya, kekuatan ekonomi dan politik bergantung kepada perpaduan negara anggota dalam menyuarakan hak dan pendirian ke peringkat global.

Antara cabaran yang harus diambil perhatian ialah isu Laut China Selatan, kekacauan di Myanmar dan pelbagai lagi isu berkaitan kedaulatan negara anggota.

TETITIA YUSOFF