fb fb fb fb fb

Kenderaan terbakar, empat individu selamat

FOTO JBPM PAHANG

BENTONG, 17 September- Seorang lelaki dan tiga wanita berjaya menyelamatkan diri apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbakar di Plaza Tol Bentong di sini tengah hari tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 1.05 tengah hari.

Ia kemudian mengerakkan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bersama jentera dan dua anggota Perkhidmatan Kecemasan Perubatan (EMRS) ke lokasi kejadian.

Anggota bomba menjalankan kerja-kerja pemadaman dengan menggunakan satu aliran hos daripada tangki pam jentera.

Kebakaran dianggarkan telah memusnahkan 80 peratus kenderaan tersebut.

1709 PHG KERETA TERBAKAR
FOTO JBPM PAHANG

SITI AISHAH MD ISA