KUALA LUMPUR, 12 Mei- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua wanita yang bergelar ibu dengan ingatan khusus buat arwah ibu beliau sendiri Allahyarham Che Yan Hamid Hussein dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Menerusi perkongsian di Facebook beliau hari ini, Anwar menitipkan ucapan terima kasih atas segala pengorbanan, penat lelah dan nasihat yang tidak putus-putus demi kasih pada anak-anak.
"Kenanglah jasa ibu kita. Dakaplah tubuhnya dan kucuplah tangannya setiap saat selagi Yang Maha Esa mengizinkan waktu untuk kita bersama ibu," kata Anwar.
Hari Ibu disambut di seluruh dunia pada Ahad kedua bulan Mei setiap tahun.