fb fb fb fb fb

Kempen Mari Beli Lokal Ramadan Raya sasar jualan RM5 juta

Datuk Ewon Benedick (tengah), melawat tapak bazar sempena Majlis Peluncuran Kempen Meri Beli Lokal Ramadan Raya 2025, hari ini / BERNAMA

KUALA LUMPUR, 17 Mac- Kempen Mari Beli Lokal Ramadan Raya 2025 menyasarkan nilai jualan sebanyak RM5 juta sepanjang tempoh dua bulan penganjurannya, bermula 1 Mac lalu.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick memaklumkan, inisiatif di bawah platform jualan digital MyMall itu telah mencatat jualan RM2.6 juta dalam tempoh 15 hari, sekali gus melepasi jumlah keseluruhan jualan tahun lalu sebanyak RM2.5 juta.

"Ini satu perkembangan positif buat usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS). Melalui platform dalam talian seperti MyMall, mereka berpeluang meraih pendapatan lebih tinggi sepanjang Ramadan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan kempen berkenaan di ibu negara.

Sejak diperkenalkan pada 2022, lebih 2,800 usahawan telah berdaftar di bawah platform MyMall, dengan nilai jualan terkumpul mencecah RM10.8 juta.

Usahawan tempatan yang ingin mengembangkan perniagaan dipelawa menyertai platform digital MyMall dengan mendaftar menerusi laman sesawang rasmi atau menghubungi e-mel yang tertera.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE