fb fb fb fb fb

Kertas Putih Pertahanan, tetapkan hala tuju ATM lebih tangkas, berfokus menjelang 2030

Foto Fail/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 24 Mac- Kementerian Pertahanan melalui kertas putih pertahanan telah menetapkan hala tuju yang jelas bagi menjadikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) lebih tangkas dan berfokus menjelang 2030.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sasaran tersebut penting bagi menghadapi ancaman keselamatan yang tidak dijangka termasuk serangan siber dan peperangan hibrid, selain menangani serangan berbentuk fizikal.

"Proses pemodenan ATM turut diberikan perhatian dengan meneliti keperluan-keperluan baharu. Ini termasuklah meneliti keperluan mempunyai angkatan siber yang khusus lengkap dan berkeupayaan menghadapi ancaman siber dan misinformation campaign.

"Angkatan ini akan dilengkapi dengan kepakaran teknikal yang tinggi merangkumi bidang seperti cyber threat intelligence, incidence response, digital forensic serta active cyber defense.

"Keupayaan ini membolehkan ATM bukan sahaja bertindak balas terhadap serangan siber, tetapi juga mampu menghalang dan meneutralkan ancaman sebelum ia memberi kesan terhadap operasi ketenteraan dan keselamatan negara", katanya.

Beliau menjawab soalan yang dikemukakan Senator Tuan Amir bin Md Ghazali di Dewan Negara.

ROSLINA BINTI DIN