Kementerian Luar rakam penghargaan urus jenazah Nadia Kesuma

FOTO FB MUHAMMAD KAMARUL KABILAN

KUALA LUMPUR, 19 Januari – Kementerian Luar merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya Kerajaan Arab Saudi, Hospital King Fahd dan agensi-agensi berkaitan, atas bantuan yang diberikan dalam mengurus jenazah Allahyarhamah Nadia Kesuma.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kementerian Luar menghargai bantuan Kerajaan Arab Saudi, Hospital King Fahd dan agensi berkaitan dalam urus jenazah.
  • Kedutaan Malaysia di Riyadh dan Konsulat Jeneral di Jeddah bekerjasama rapat dengan waris dan pihak berkuasa tempatan.
  • Penjajaran dan penyelarasan semua urusan pengebumian dipermudahkan oleh pihak kedutaan dan konsulat.
  • Allahyarhamah dikebumikan di Tanah Perkuburan Dhahban, Jeddah; keluarga hadir pada upacara pengebumian.

Wisma Putra menerusi kenyataan memaklumkan Kementerian Luar Negeri, melalui Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, Arab Saudi telah bekerjasama rapat dengan waris terdekat serta pihak berkuasa tempatan bagi memudahkan dan menyelaras semua urusan berkaitan pengebumian allahyarhamah.

Terdahulu, allahyarhamah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Dhahban, Jeddah pada pukul 7.35 pagi, waktu tempatan hari ini.

Hadir sama pada pengebumian itu ialah suami allahyarhamah, Profesor Dr Muhammad Kamarul Kabilan dan anak perempuannya.

Terdahulu, allahyarhamah, 50, disahkan meninggal dunia akibat sakit jantung pada Khamis lalu, iaitu pada hari sama beliau dilaporkan hilang ketika berada di Jeddah.

ARTIKEL BERKAITAN: