KUALA LUMPUR, 28 Februari- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Kementerian Ekonomi menyelaraskan mesyuarat di peringkat jawatankuasa kerja bagi menyusuli cadangan-cadangan berhubung Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura Special Economic Zone (JS-SEZ) dalam satu hantaran di facebook.
Perkara itu diumumkan semasa mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Negeri Johor yang dihadiri oleh Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta ketua-ketua jabatan di Johor.
Beberapa program dan projek menaik taraf infrastruktur dan kemudahan rakyat juga dibincangkan, antaranya Lebuhraya Senai ke Sedenak, Sedenak ke Simpang Renggam dan Senai ke Desaru; Rancangan Tebatan Banjir (RTB) bagi daerah Segamat, Kota Tinggi dan di Batu Pahat; dan cadangan penyuraian, pengurusan trafik dan kesesakan lalu lintas di Bandaraya Johor Bahru serta hala tuju Iskandar Rapid Transit (IRT).
Bagaimanapun menurut Anwar, "projek-projek itu merupakan inisiatif berimpak tinggi kepada rakyat, khususnya warga Johor yang akan menikmati manfaat jangka panjang, insya-Allah."
Majllis itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri-Menteri Kabinet dan Ketua Setiausaha Kementerian yang terlibat.