fb fb fb fb fb

Kembara Sufi, tema Syahadah musim ke-18 di RTM

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 14 Mac- Program dokumentari RTM, Syahadah kini tampil dengan pendekatan dan perkongsian topik yang lebih menarik.

Program berkonsepkan pengisian dakwah secara santai, terbitan Unit Majalah dan Dokumentari RTM (UMD RTM) itu, kali ini mengangkat tema Kembara Sufi: Pendekatan Kandungan Islamik dan Perspektif Komuniti luar negara yang memaparkan individu yang berhijrah ke Malaysia merangkumi kepelbagaian keilmuan tokoh.

Antara tajuk menarik iaitu Ilmu Hayat, Pengukir Dari Uzbekistan, Dari Uzbekistan Ke Sri Pahang, Perantau, Gerakan Orang Muda, Eksekutif Halal, Transformasi Yang Berani, Mata Hati, Jemaah Yang Mengimarah dan Hidayah Dakwah.

Program berkenaan akan disiarkan secara langsung sepanjang bulan Ramadan mulai 12 Mac 2024, pukul 6.00 petang di TV1.

Dokumentari ilmiah tersebut bakal membawa semua penonton menerokai kepelbagaian intipati bagi menyusuri keindahan Islam dalam konteks Kembara Sufi menerusi sudut perhijrahan komuniti luar mahupun individu terhadap cara hidup Islam di Malaysia.

Setiap tajuk mengundang tetamu berkongsi kisah suka duka pengalaman hidup dilalui mereka antaranya pelakon Sidi Oraza, pemain bola sepak dari Uzbekistan dan Kuvondik Ruziev.

Tajuk-tajuk lain Kebangkitan Marudu, Laungan Azan Mulu, Refleksi Tabarruj, Bukan Lagi Kifarah, Dakwah Bil Hikmah dan Wahyu Kensiu.

Program berkenaan turut boleh ditonton menerusi penstriman langsung secara percuma di RTMKlik.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM