fb fb fb fb fb

Kem AMAR IPMa, bentuk jati diri pelajar

Foto SPRM

LENGGONG, 21 Julai- Seramai 88 ahli kepimpinan Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR) menyertai Kem AMAR Institusi Pendidikan MARA (IPMa) tahun 2024.

Program berlangsung selama tiga hari bermula 19 hingga 21 Julai lalu, bertempat di Pusat Kepimpinan Pelajar MARA (PUSKEP) Lenggong, Perak.

Menurut SPRM, program berkenaan dapat membentuk jati diri pelajar dalam berdepan dengan pelbagai cabaran pada masa hadapan.

Ia melalui pembentukan sebuah generasi yang lebih holistik, berketerampilan, berdaya saing, berprinsip antirasuah serta berintegriti tinggi, seiring dengan falsafah pendidikan MARA dan negara.

"Sepanjang program ini, para pelajar didedahkan dengan pelbagai aktiviti kepimpinan antaranya sesi perkongsian bersama pegawai-pegawai kanan SPRM serta cambahan idea dalam kalangan pemimpin AMAR sendiri menerusi pelbagai aktiviti luar, segmen Gerakan Antirasuah (GeAR), penghasilan video pendek FYP serta Sesi Pembentangan Aktiviti Antirasuah (SPAAR)," menurut kenyataan tersebut.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM