fb fb fb fb fb

Kelindan lori maut tersepit

(FOTO RTM)

TELUK INTAN, 22 Jun-Seorang kelindan lori maut manakala pemandu lori cedera dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Sungai Manik, Teluk Intan awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Teluk Intan PBK II Wan Mohd Zakari Wan Mohd Nor memaklumkan kejadian berlaku kira-kira jam 2.29 pagi tadi. 

Kemalangan melibatkan sebuah lori tiga tan yang dipercayai telah melanggar belakang sebuah lori treler. 

Akibat pelanggaran itu, kelindan lori treler berkenaan tersepit dan terpaksa diselamatkan menggunakan peralatan khas oleh pihak bomba. 

Mangsa disahkan maut oleh petugas KKM dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. 


(FOTO RTM)

Media Baharu