fb fb fb fb fb

Keldai akaun ditahan, mangsa rugi lebih RM50,000

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Kamarul Rizal Jenal / Foto BERNAMA

BALIK PULAU, 26 September - Seorang lelaki ditahan dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan urusan kerja sambilan melalui aplikasi beli-belah dalam talian.

Ia menyebabkan mangsa kerugian RM57,184.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Kamarul Rizal Jenal berkata, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan semalam oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Barat Daya.

"Berdasarkan laporan diterima, mangsa pada April lepas telah mengenali seorang lelaki menerusi aplikasi Tinder. Dia ditawarkan kerja sambilan secara dalam talian menggunakan sebuah aplikasi beli-belah, sebelum diberikan satu pautan yang memaparkan barangan keperluan harian seperti bag, jam tangan dan pakaian."

"Mangsa dijanjikan keuntungan 20 peratus bagi setiap tugasan yang berjaya dilakukan iaitu hanya perlu membuat pembelian barangan yang dipaparkan," katanya.

Terpedaya dengan janji tersebut, mangsa telah membuat 10 transaksi ke dalam akaun termasuk milik lelaki tersebut dari 6 Mei hingga 5 Jun lepas.

Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan rangkaian sindiket penipuan itu.

Suspek kini direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Trainee