fb fb fb fb fb

KELANTANfm bantu pendengar setia sempena Hari Radio Sedunia

Muhammad Aiman Yusoff menyampaikan bantuan CSR kepada pendengar setia KELANTANfm

KUALA KRAI, 13 Februari- KELANTANfm menyambut Hari Radio Sedunia hari ini dengan mengadakan beberapa program menarik antaranya program Sosial Korporat (CSR) 'KELANTANfm Ambil Peduli' di dua lokasi iaitu Kuala Krai dan Machang.
 
Timbalan Pengarah RTM Kelantan Muhammad Aiman Yusoff berkata, program CSR berkenaan bagi menziarahi pendengar setia stesen radio itu yang ditimpa musibah.

"Melalui kaedah ini kita dapat memberi sokongan moral dan menyampaikan sedikit sumbangan daripada jabatan kepada pendengar setia KELANTANfm.

"Iniseatif seperti ini dapat merapatkan keakraban jabatan dengan pendengar KELANTANfm sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program CSR KELANTANfm Ambil Peduli di sini.

Program bersifat serampang dua mata pada sambutan kali ini dilihat sebagai platform untuk merapatkan hubungan antara pendengar KELANTANfm bersama juruhebah selain menekankan elemen kebajikan.
   
Pada masa sama KELANTANfm sentiasa komited dalam menunaikan tanggungjawab sosial korporat terhadap masyarakat menerusi pelbagai pendekatan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI