fb fb fb fb fb

Kelantan sifar miskin tegar menjelang Julai

Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Jasri Kasim

TUMPAT, 1 Jun - Bilangan miskin tegar di Kelantan berkurangan kepada 500 keluarga berbanding lebih 12,000 sebelum ini.

Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan Jasri Kasim berkata, menjelang bulan hadapan kesemuanya akan keluarkan daripada belenggu kemiskinan selaras hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menoktahkan kemiskinan tegar.
 
Beliau berkata, 500 keluarga berkenaan telahpun di kenal pasti dan pihaknya sedang mengemas kini bentuk bantuan sesuai yang dapat di salurkan terutama melibatkan agensi -agnesi kerajaan berkaitan.
 
"Usaha yang kita buat bersama-sama jabatan kerajaan yang lain dan kerajaan negeri, kita mengharapkan sasaran dapat kita capai sebelum Julai, kita lebih kepada pemurnian data -data ekasih dimana kita mempastikan bahawa rekod bantuan diberikan jabatan kerajaan samada peringkat persekutuan atau negeri yang dikemas kini," kata Jasri.
 
Beliau ditemui pemberita selepas menyempurnakan Program Jelajah eKasih @ Tumpat di Pengkalan Kubor, di sini.
 
Mengulas lanjut, beliau berkata untuk strategi jangka masa panjang pihaknya turut membantu keluarga terlibat untuk menjana pendapatan sendiri selain membuat padanan pekerjaan.
 
Sementara itu mengenai Program Jelajah eKasih berkenaan, Jasri berkata ia dianjurkan bagi menghimpunkan pelbagai jenis perkhidmatan dari kementerian dan agensi kerajaan bagi menyantuni keperluan keluarga miskin dan miskin tegar ekasih.

TETITIA YUSOFF