ALOR SETAR, 7 Disember- Prihatin dengan musibah banjir yang berlaku di Kedah, Kelab Bukit Jambul Pulau Pinang dengan kerjasama Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah (YAYSH) tampil menghulurkan sumbangan.
Sumbangan berupa pek makanan dan barangan keperluan harian itu disalurkan kepada penduduk terjejas banjir tanpa mengira fahaman politik mahupun perbezaan agama.
Sumbangan disampaikan oleh Presiden Kelab Bukit Jambul Pulau Pinang, Lee Wai Ling bersama kakitangan kelab dan YAYSH di beberapa lokasi.
Antaranya, Pantai Johor dan Anak Bukit; Sungai Baru, Gunung Keriang; dan Titi Gajah, Kepala Batas.
Selain itu, sebahagian penduduk terjejas banjir di Kubang Teduh dan Kampung Alor Berah, Gunung Keriang turut menerima sumbangan tersebut.