fb fb fb fb fb

Keindahan Ramadan dihayati, dorong golongan mualaf dalami Islam

BUKIT BARU,MELAKA, 16 April- Keindahan Ramadan turut dihayati oleh saudara baharu yang pertama kali melakukan ibadah berpuasa pada tahun ini.

Bagi mereka pengalaman baharu itu sedikit sebanyak mendorong mereka untuk terus mendalami agama Islam.

Menurut saudara baharu yang hanya mahu dikenali sebagai Muhammad, 29 tahun, sebelum membuat keputusan untuk memeluk agama Islam pada Disember tahun lalu, dia sudah mula mencuba melakukan ibadah puasa ini secara bersendirian.

"Tahun lepas pernah 'try' sendiri tertinggal beberapa hari lah , tapi tahun ni 'official' dalam agama islam ni belum lagi tinggal, pengalaman dia ada sehari tu saya bangun lewat lah dapat minum sesuap air, tapi 'try j'uga, tapi ok boleh bukan berat sangat lah," katanya.


(Muhammad ketika diwawancara pemberita pada Program SWM Kasih Santun Ramadan)

Sementara itu, seorang lagi mualaf yang mahu dikenali sebagai Ecah berkata, sokongan suami banyak membantunya sebagai saudara baharu dalam menjalani bulan Ramadan.

"Bagi saya sebab lepas kahwin tu suami adalah macam nasihatkan saya kalau boleh amalkanlah bangun solat subuh awal, lakukan solat dhuha dan sebagainya, macam tu lah pada awalnya agak susah, berat sebab kita tak biasakan amalkan tapi sekarang Alhamdulillah dah ok untuk bangun seawalnya untuk sahur dan lakukan ibadah lain," katanya.


(Ecah menceritakan pengalaman pertamanya menjalani ibadah puasa sebagai saudara baharu)

Mereka ditemui pada Program SWM Kasih Santun Ramadan raikan golongan mualaf anjuran syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, SWM Environment Sdn Bhd di Bukit Baru.

Pada program berkenaan, seramai 10 saudara baharu menerima sumbangan berupa senaskah Al-Quran, sejadah dan barangan keperluan harian.

Media Baharu