
KUALA LUMPUR, 7 November – Malaysia yang memiliki kepelbagaian mengajar semua pihak untuk terus berkongsi kegembiraan, saling menghormati serta menjaga hubungan sesama masyarakat.
RINGKASAN BERITA AI
- Timbalan Perdana Menteri menyeru rakyat memelihara keharmonian sebagai tunjang kekuatan sebenar negara.
- Hantaran disiarkan di Facebook oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
- "Inilah keindahan Malaysia yang kita cintai" menekankan nilai perpaduan dan kebanggaan bersama.
- Beliau mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada penganut Hindu di Malaysia.
Bersempena dengan sambutan Deepavali yang diraikan esok, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi hantaran di Facebook menyeru seluruh rakyat agar terus memelihara keharmonian yang merupakan tunjang kekuatan sebenar negara.
“Inilah keindahan Malaysia yang kita cintai,”menurut hantaran itu.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid turut mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada seluruh penganut agama Hindu di Malaysia.