fb fb fb fb fb

Kedaulatan ICT negara dilindungi di bawah undang-undang negara

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 24 November - Kedaulatan dan keselamatan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) negara kekal terpelihara di bawah undang-undang Malaysia, termasuk dalam Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS).

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, menegaskan bahawa semua aspek berkaitan infrastruktur ICT – termasuk liputan 5G, 6G, satelit komunikasi, dan kabel dasar laut tertakluk sepenuhnya kepada peraturan domestik Malaysia, khususnya Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

“Klausa dalam ART menyatakan bahawa Malaysia komited memastikan semua pembekal teknologi komunikasi tidak menjejaskan keselamatan, keselamatan data, dan hak harta intelek infrastruktur ICT termasuk 5G, 6G, satelit komunikasi serta kabel dasar laut.

"Malaysia dan AS akan berunding untuk memastikan pembekal memenuhi obligasi ini. Namun, ini tidak bermakna AS atau mana-mana pihak mempunyai kuasa veto terhadap keputusan Malaysia,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa sesi penggulungan perbahasan peringkat jawatankuasa Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2026 bagi Kementerian Komunikasi di Parlimen pada Isnin.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD