KUALA LUMPUR, 16 Oktober-Kadar kebolehpasaran graduan yang mengikuti kursus Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) meningkat kepada 91.8 peratus.
Manakala daripada jumlah ini, sebanyak 69.4 peratus graduan telah bekerja.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata angka tersebut berdasarkan Kajian Pengesanan
Graduan (SKPG) yang dilakukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (IPT) tahun 2018 sehingga 2022.
Menurut Khaled tumpuan kementeriannya kini adalah mempergiatkan lebih banyak program bagi memenuhi pasaran kerja selain permintaan industri.
"Purata kebolehpasaran graduan Politeknik pada tahun 2018 sehingga 2022 pula adalah sebanyak 94.8 peratus dengan peratus Graduan yang telah bekerja adalah sebanyak 76.2 peratus.
"Daripada jumlah responden yang telah bekerja ini, sebanyak 50 peratus bekerja dalam bidang yang berkaitan dengan pengajian di Politeknik.
"Seterusnya, bagi kebolehpasaran graduan Kolej Komuniti pada tahun 2018 sehingga 2022 pula menunjukkan purata sebanyak 96.2 peratus dengan peratus graduan yang telah bekerja adalah sebanyak 74.8 peratus", kata Khaled ketika menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh Wakil Sungai Besar, Datuk Muslimin Yahaya di sini.
(FOTO RTM)