fb fb fb fb fb

Kebenaran perjalanan umrah ditangguh bermula 8 Januari



KUALA LUMPUR, 1 Januari - Kerajaan menangguhkan sementara kebenaran perjalanan umrah bermula 8 Januari 2022.

Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, satu perbincangan khas telah diadakan semalam bersama beberapa agensi terlibat dalam pengurusan jemaah umrah.

Bagi jemaah yang akan berlepas ke Tanah Suci pada 1 hingga 7 Januari ini, mereka dibenarkan untuk meneruskan perjalanan.

Mereka bagaimanapun perlu menjalani kuarantin di stesen kuarantin atau hotel yang telah dikenal pasti sebagai stesen kuarantin oleh pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) apabila tiba di Malaysia.

"Bagi tempoh 1 Januari 2021 hingga 30 Disember 2021, sebanyak 2,763 kes positif COVID-19 telah dikesan dalam kalangan pengembara yang tiba di Pintu Masuk Antarabangsa.
Daripada jumlah itu, sebanyak 1,446 kes positif COVID-19 dikesan dalam kalangan pengembara yang tiba dari Arab Saudi, diikuti oleh Singapura (322 kes), Indonesia (264 kes), dan United Kingdom (217 kes)" Khairy berkata dalam satu sidang media di Bangunan Parlimen hari ini.

Penangguhan sementara aktiviti umrah ini dijangka dapat membantu mengurangkan risiko penularan varian Omicron dalam negara dan memperlahankan peningkatan kes COVID-19.

Langkah ini juga diharap dapat memberi peluang dan ruang kepada kerajaan untuk membuat perancangan serta persediaan rapi dalam pengurusan jemaah umrah sebelum aktiviti umrah boleh dibenarkan semula.

 

Media Baharu