fb fb fb fb fb

Kebenaran pelaburan bagi BBP tertakluk kepada akta tubuh masing-masing

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

KUALA LUMPUR, 12 Mac- Kebenaran membuat pelaburan bagi Badan Berkanun Persekutuan, BBP adalah tertakluk kepada akta tubuh badan berkanun masing-masing.

BBP yang bertaraf syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dibenarkan untuk melabur dalam kelas pelaburan yang lebih luas termasuk opsyen, ekuiti swasta dan pelaburan di luar negara.

Antaranya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dan Lembaga Tabung Haji yang mempunyai mandat penubuhan dengan aktiviti teras untuk membuat pelaburan dan mempunyai pasukan pegawai yang memiliki kepakaran dalam menguruskan portfolio pelaburan.

Bagaimanapun, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata sebarang pelaburan perlu dilaksana berdasarkan langkah kawalan risiko yang ditetapkan.

"Terdapat kawalan risiko serta tata kelola bagi mengurangkan risiko kerugian pelaburan. Sebagai contoh, KWAP memerlukan kelulusan Menteri Kewangan untuk melantik ahli Panel Pelaburan dan untuk membuat pelaburan dalam aset seperti bangunan dan ekuiti persendirian.

"Kementerian Kewangan juga mengehadkan peratusan pelaburan yang boleh dilaburkan di luar negara,"katanya.

Jawapan bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE