KUALA LUMPUR, 5 September- Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Talian bertujuan mendidik masyarakat mengenai kawalan kendiri serta disiplin di platform media sosial atau aplikasi dalam talian.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said memberi jaminan tidak akan menyekat kebebasan bersuara, namun ada hadnya.
"Apa yang saya mahu jamin kepada orang ramai adalah kami tidak akan berkompromi kebebasan bersuara. Inilah pendirian Kerajaan MADANI hari ini. Kami tidak akan berkompromi, maksudnya jika anda memiliki hak undang-udang, anda dilindungi, anda mempunyai kebebasan untuk mengungkapkan pendapat anda.
"Tetapi jika anda mengungkapkan pendapat dan ungkapan anda menyebabkan kemudaratan seperti kenyataan yang menghina dan fitnah, terdapat banyak undang-undang yang akan menangani hal itu.
Datuk Seri Azalina berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan Persidangan Perundangan Antarabangsa Berkenaan Ancaman Dalam Talian 2024 di ibu negara.