fb fb fb fb fb

Kebakaran Putra Heights: 140 kereta pinjaman telah diagih kepada mangsa

Foto Facebook Ng Sze Han

SUBANG JAYA, 8 April- Sebanyak 30 kenderaan pinjaman termasuk tiga kenderaan elektrik daripada syarikat automotif, Kumpulan Tan Chong Motor Holding Berhad diserahkan kepada mangsa kejadian kebakaran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, hari ini.

Menurut Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor, Ng Sze Han, pengagihan kali ini menjadikan jumlah kereta pinjaman yang diagihkan kepada mangsa berkenaan sebanyak 140 kenderaan.

"Yang ini kita berdasarkan permohonan daripada mangsa-mangsa yang telah mengisi borang yang telah diagihkan. Sehingga setakat ini sudah lebih kurang 190 lebih permohonan yang telah kami terima, jadi masih mencukupi kerana kereta pinjaman setakat ini adalah sebanyak 200 buah", katanya. 

Katanya, baki 60 buah kereta pinjaman daripada beberapa syarikat lain bakal diserahkan selewat-lewatnya pada minggu ini.

Beliau berkata demikian kepada media  selepas menyerahkan kunci kereta kepada mangsa kebakaran paip gas di Stesen Transit Aliran Ringan, Putra Heights, Subang Jaya.

Sementara itu, bantuan kereta itu sememangnya dinantikan penduduk terjejas kerana dapat memudahkan urusan pergerakan mereka.

"Saya sangat gembira kerana sejak seminggu yang lalu, kami telah terjejas secara emosi. Dan kemudian telah berlaku perjuangan dari segi kerosakan pada rumah dan kereta. Kerana kedua-dua kereta saya sudah berada di dalam bengkel.

"Jadi, saya rasa ini akan sangat membantu kita semua. Buat masa ini, sehingga kami selesaikan dengan penginapan kami, serta dengan semua prosedur yang perlu kami jalani ketika ini", kata Sooryamalar.

"Kereta itu saya hendak pakai untuk kerja, ambil anak. Jadi dalam sebulan ini kita dapat kereta ini, sungguh membantu kita punya urusan harian", kata S.Vinayagam ketika ditemui pemberita, di sini.

ROSLINA BINTI DIN