fb fb fb fb fb

Kebakaran lapan buah kedai, seorang lagi ditemukan rentung

(Foto Orang Awam)

SUNGAI PETANI, 18 September- Seorang lagi ditemukan rentung dalam kebakaran membabitkan lapan buah kedai dua tingkat di Sungai Petani, Kedah.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Awang Hidzel Awang Bujang berkata ia menjadikan jumlah mereka yang terkorban seramai tiga orang dalam insiden awal pagi tadi itu.

"Mangsa yang terlibat ialah Yong Swee Lan, 93 tahun, Lee Chew Fong, 61 tahun dan Lim Yang Kooi, 66 tahun.

"Mangsa pertama ditemukan pada pukul 3.19 pagi. Manakala mangsa kedua ditemukan pada pukul 6.00 pagi. Mangsa ketiga ditemukan pagi tadi," kata Awang Hidzel menerusi kenyataan.
 
Kesemua mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan dan siasatan lanjut.
 
Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.


(Foto Orang Awam)

Artikel Berkaitan:
Dua orang rentung dalam kebakaran rumah kedai di Kedah

 

Media Baharu