fb fb fb fb fb

Keamanan sejagat penting dalam mengekalkan kestabilan dunia

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/ Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

DAVOS, 23 Januari- Di sebalik semangat dan kerancakkan mengejar perubahan arus teknologi dunia dan kepesatan ekonomi, faktor keamanan sejagat merentasi benua perlu diambilkira bagi terus mengekalkan kestabilan dunia, ujar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata perkara itu ditekankan semasa menyampaikan ucaptama pada Sesi Awam Peringkat Tinggi: Pleno ASEAN yang bertajuk 'Even Stronger Together' pada Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025.

"Poin kritikal itu perlu diberi perhatian serius mana-mana negara, blok mahu pun kesatuan jika ingin memastikan kehadiran pelabur terus rancak menghangatkan peluang perdagangan yang ada", katanya menerusi hantaran di Facebook.

Datuk Seri Anwar turut memberikan contoh dan pandangan mengenai situasi di Myanmar.

Beliau berkata lebih banyak libat urus di pelbagai lapisan dan pihak berkaitan perlu diadakan bagi memastikan kestabilan dan keamanan benua ASEAN terus dipelihara.

ROSLINA BINTI DIN