KDN lihat secara menyeluruh isu keselamatan sempadan negara

Sempadan negara yang kompleks dan dinamik memerlukan pendekatan secara menyeluruh dan bukan secara terpisah

PASIR PUTEH, 3 September – Isu keselamatan sempadan negara perlu dilihat secara menyeluruh dan tidak berdasarkan satu-satu insiden.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pendekatan keselamatan sempadan mesti menyeluruh, bukan reaksi terhadap insiden terpencil.
  • Kerajaan utamakan keselamatan daripada ancaman seperti penyusupan asing, penyeludupan dan pemerdagangan manusia.
  • Laporan keselamatan rentas sempadan perlu diurus dengan bijaksana untuk elak timbulnya syak wasangka antara negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan sempadan negara yang kompleks serta dinamik memerlukan pendekatan secara menyeluruh dan bukannya secara terpisah hanya kerana satu atau dua insiden.

“Keutamaan kerajaan adalah memastikan keselamatan sempadan negara daripada semua bentuk ancaman sentiasa terjaga termasuk ancaman dalam bentuk penyusupan anasir asing,
penyeludupan dan pemerdagangan manusia,”katanya dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Projek Siap Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga, Tok Bali.

Mengulas lanjut, beliau berkata laporan berkaitan isu keselamatan melibatkan sempadan antara dua negara perlu diuruskan dengan bijaksana bagi mengelakkan ‘tercetusnya’ sikap curiga antara kedua-dua pihak.

Beliau turut menegaskan hubungan antara dua negara tidak boleh diuruskan berdasarkan sentimen dan emosi semata-mata.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.