GEORGE TOWN, 6 Mac - Kartunis terkenal negara, Mohd Azmi Mohd Hussin, 41 tahun atau lebih dikenalis sebagai Azmi Hussin disahkan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang pada malam semalam.
Memetik sumber daripada Facebook Penang Brotherhood ,Allahyarham dikatakan mengalami serangan jantung ketika dalam perjalanan pulang dari bazar Ramadan di Paya Terubong bersama keluarganya.
Jenazah akan disolatkan di Masjid Hashim Yahya, Jalan Perak selepas solat Zuhur dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan masjid berkenaan, di sini.
Allahyarham memulakan kerjaya sebagai karikatur jalanan pada usia 29 tahun seawal tahun 2013.
Pencapaian terbesar Allahyarham adalah buku komik keduanya, bertajuk ‘The Litte Mamak’ tersenarai antara 50 buku terbaik di Malaysia oleh Majlis Buku Negara dan mewakili negara ke Pesta Buku di Frankfurt, Jerman.
Selain pernah menerima tiga pengiktirafan dalam Malaysia Book of Records, antaranya ‘Most Caricature Live Painting in 24 hours’ selepas melukis 320 karikatur dalam masa 24 jam.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.