fb fb fb fb fb

Kartel beras: KPKM sentiasa bersedia beri maklumat kepada MyCC

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 15 April- Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sentiasa bersedia memberi maklumat kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengenai sebarang kewujudan kartel padi dan beras dalam ekonomi negara.

Komitmen itu sekali lagi dinyatakan oleh Menterinya, Mohamad Sabu dalam perkongsian menerusi Facebook beliau hari ini.

Tegas beliau, KPKM tidak akan melindungi mana-mana pihak yang terlibat aktiviti tersebut dan tidak akan mencampuri sebarang urusan dalam siasatan MyCC. 

"Negara kita ada Suruhanjaya Persaingan Malaysia yang lebih dikenali sebagai MyCC. Antara skop tugas MyCC ini adalah menyiasat kewujudan kartel dalam ekonomi negara kita.

"Moga penjelasan ini dapat memberikan pencerahan pada semua," katanya.

SITI AISHAH MD ISA