fb fb fb fb fb

Karnival Kerjaya Myfuture Job X Tvet di ILP Pedas tawar 3,000 peluang pekerjaan

Pengarah ILP Pedas, TS Suhaila Abdul Samad

SEREMBAN, 31 Mei- Sebanyak 3,000 peluang pekerjaan ditawarkan menerusi penganjuran Karnival Kerjaya Myfuture Job X Tvet oleh Institusi Latihan Perindustrian (ILP) Pedas yang bakal berlangsung pada 6 Jun depan.

Menurut Pengarah ILP Pedas, TS Suhaila Abdul Samad, sesi temuduga terbuka oleh 14 agensi terlibat terdiri daripada swasta serta kerajaan akan diadakan pada karnival itu.

"Kami melaksanakan program pendedahan kerjaya yang turut akan diadakan pada program karnival ni nanti, itu antara program untuk membantulah kepada golongan pencari kerja dan juga belia-belia mahupun graduan TVET untuk mendapatkan pendedahan ataupun persediaan menghadapi pekerjaan,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di konti radio Negerifm, Seremban.

Tambahnya, kaunter pertanyaan permohonan untuk kemasukan ke ILP Pedas turut akan dibuka bagi sesi 2 tahun 2024 pengambilan Julai/Ogos.

Karnival tersebut akan diadakan di Dewan Serbaguna ILP Pedas bermula pada pukul 9 pagi sehingga 5 petang.

Dalam pada itu, pelbagai aktiviti menarik turut diadakan antaranya jualan eUsahawan yang dikendalikan oleh pelajar ILP Pedas serta pameran agensi.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE