fb fb fb fb fb

'Kami tidak iktiraf sebarang tuntutan ke atas Sabah' - Hajiji

Gambar fail/Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor

KOTA KINABALU, 8 November - Kerajaan negeri memuji keputusan Mahkamah Agung Perancis yang sepenuhnya menolak cabaran difailkan oleh individu individu yang mendakwa sebagai pewaris Kesultanan Sulu, yang tidak lagi wujud ke atas Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menyambut baik berita gembira yang dikongsikan oleh Menteri DI Jabatan Perdana Menteri, (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said di akaun media sosialnya.

"Rakyat negeri ini tidak mengiktiraf sebarang tuntutan ke atas Sabah kerana negeri ini adalah negeri berdaulat dalam Persekutuan Malaysia," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Beliau turut berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Datuk Seri Azalina atas usaha mereka untuk membatalkan “Final Award” oleh penimbang tara Sepanyol.

Semalam, Azalina dalam hantarannya menggambarkan keputusan tersebut sebagai kemenangan bersejarah dan signifikan bagi negara.

Malaysia kini akan memfokus kepada usaha untuk membatalkan award akhir yang diperoleh kumpulan berkenaan di Perancis secepat mungkin. 

BERITA BERKAITAN

GRACE AISYAH KEDAYAN