fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek diunjur stabil disokong operasi BNM

Foto Hiasan / Fail

KUALA LUMPUR, 26 Januari - Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil pada Jumaat, disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan RM33.05 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam RM28.11 bilion.

Pada hari ini, bank pusat akan melaksanakan masing-masing dua tender pasaran wang konvensional bernilai RM500 juta selama tujuh hari dan 14 hari serta satu tender Qard RM500 juta bagi tempoh tujuh hari.

Bank pusat itu akan turut mengendalikan dua tender repo berbalik masing-masing sebanyak RM1 bilion selama 31 hari dan 91 hari.

BNM juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan belian semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar selama sebulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat itu akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM34.1 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM27.6 bilion.-BERNAMA

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN