KUALA LUMPUR, 29 Disember- Jumlah penduduk terjejas banjir di empat negeri menurun.
Seramai 23,095 orang daripada 7,399 keluarga masih berlindung 104 buah pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 6 pagi.
Menurut portal bencana Nadma, 53 buah PPS masih beroperasi di Kelantan yang menempatkan 19,716 orang daripada 6,496 keluarga.
Di jajahan Pasir Mas seramai 15,586 penduduk dicatatkan di 30 buah PPS; Tumpat, 3,231 penduduk, 10 PPS; Kuala Krai, 734 penduduk, 11 PPS; dan Tanah Merah, 165 penduduk, dua PPS.
Sementara di Terengganu, seramai 3,022 penduduk daripada 810 keluarga di 37 buah PPS dengan 2,075 orang daripadanya ditempatkan di 26 buah PPS di daerah Dungun; Hulu Terengganu, 630 penduduk, tiga PPS; Kemaman, 51 penduduk, dua PPS; Marang, 91 penduduk, sebuah PPS; Setiu, 37 penduduk, dua PPS; dan Kuala Terengganu, 138 penduduk, tiga PPS.
Pada masa sama, 10 PPS dibuka di Pahang melibatkan 207 penduduk daripada 60 keluarga dengan dua buah PPS dibuka di daerah Jerantut membabitkan 42 orang, dan masing-masing satu PPS dibuka bagi daerah Kuantan merekodkan 69 orang; Bera (9), Rompin, (13) serta Maran (17).
Di Johor pula, tiga buah PPS dibuka bagi menempatkan 63 penduduk daripada 16 keluarga di daerah Segamat.