fb fb fb fb fb

Jumlah penduduk terjejas banjir di Pahang menurun

Foto APM Maran

KUANTAN, 31 Disember- Penduduk terjejas banjir di Pahang mencatatkan penurunan kepada 34 orang setakat pukul 11.00 pagi tadi berbanding 131 orang semalam.

Menurut Jawatankuasa Bencana Negeri Pahang, ia berikutan penutupan pusat pemindahan sementara (PPS) di Bera dan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Chenor di Maran.

PPS SK Temerloh Jaya di Temerloh yang menempatkan 11 penduduk terjejas banjir turut ditutup.

"Kesemua penduduk terjejas di tiga PPS tersebut telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

"Hanya dua PPS yang masih dibuka di Pahang setakat ini.

"PPS terlibat adalah di Maran iaitu SK Serengkam menempatkan lima orang manakala Balairaya Kampung Baru Pertanian menempatkan 29 penduduk terjejas banjir," kata Jawatankuasa Bencana Negeri Pahang.

Jawatankuasa itu bagaimanapun akan terus memantau keadaan itu dari semasa ke semasa memandangkan Pahang masih berada dalam fasa Monsun Timur Laut.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM