fb fb fb fb fb

Jumlah miskin tegar menurun

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Wilson Ugak Kumbong

KUALA LUMPUR, 15 November- Sehingga 31 Oktober, kategori miskin tegar di negara ini mencatat penurunan sehingga 38.8 peratus, iaitu seramai 77,887 Ketua Isi Rumah, KIR.

Ini berbanding jumlah yang direkodkan pada 31 Januarilalu iaitu, sebanyak 12,372 KIR.

Jelas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Wilson Ugak Kumbong, pencapaian itu didorong kecekapan statistik Bank Data Kemiskinan Nasional, eKasih yang mudah diakses pelbagai agensi bagi memudahkan bantuan disasarkan kepada kelompok berkenaan.

"Sehingga 31 Oktober 2023 seramai 77,288 KIR didapati masih berada dalam kategori miskin tegar menjadikan peratsuan turun 38.8 peratus.

"Dengan adanya eKasih, pemberi bantuan dan semua agensi boleh mengakses sama di peringkat persekutuan dan negeri selain itu setiap kementerian juga bertanggungjawab untuk mengemas kini makluimat bantuan yang telah disalurkan secara konsisten,"katanya.

Penyataan bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Kapar Dr Halimah Ali.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE