fb fb fb fb fb

Jualan Khas Mantai Syawal lepasi sasaran-FAMA

(FOTO RTM)

SEREMBAN, 20 April-Nilai jualan bagi program Jualan Khas Mantai Syawal Madani di seluruh negara mencecah RM14 juta melepasi sasaran iaitu RM13 juta bagi tempoh enam hari sejak dilancar Sabtu lalu.

Menurut Pemangku Ketua Pengarah FAMA, Abdul Rashid Bahri, hasil jualan bagi program tersebut meningkat sebanyak 10 hingga 20 peratus berbanding tahun lalu disebabkan sambutan yang menggalakkan pengunjung yang membeli barang keperluan untuk menyambut Aidilfitri.

"Daripada maklumat awal yang kita dapat memang terdapat peningkatan antara 10 hingga 20 peratus berbanding tahun lepas.

Mungkin pada tahun, pendapatan rakyat sudah kembali stabil dan ekonomi pun menunjukkan perkembangan positif menyebabkan peningkatan hasil jualan FAMA kali ini", katanya yang ditemui pemberita pada Program Jualan Khas Mantai Syawal Madani dan Jualan Harga Ladang Nismilan Prihatin 2023, di Pasar Tani Kekal Paroi.

Tambahnya FAMA telah membuka 113 outlet di seluruh negara dengan penglibatan seramai 2,680 peniaga menerusi program Jualan Khas Syawal Madani bagi memberi peluang kepada masyarakat mendapatkan barangan keperluan Aidilfitri.


(Pemangku Ketua Pengarah FAMA, Abdul Rashid Bahri)

Media Baharu