fb fb fb fb fb

JPN Kedah arah semua sekolah pantau situasi cuaca panas

Foto Hiasan

ALOR SETAR, 16 April - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah mahu semua pentadbir sekolah termasuk pengetua dan guru besar serta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di seluruh negeri itu memantau keadaan cuaca panas.

Pengarahnya Ismail Othman berkata, sebarang aktiviti luar bilik darjah termasuk merentas desa tidak akan dibenarkan sekiranya cuaca berada pada tahap dua; iaitu melebihi 35 hingga 37 darjah celcius dalam tempoh tiga hari berturut-turut.

"Sebarang aktiviti luar bilik darjah tidak dibenarkan dan pemantaun ini hendaklah dilakukan oleh pentadbir sekolah pengetua dan guru besar dan juga oleh pegawai PPD dan jabatan pendidikan negeri, semua pihak terpaksa bekerjasama dan memastika cuaca setiap hari," kata Ismail, di sini.

Beliau menjelaskan aktiviti merentas desa bukanlah tidak dibenarkan tetapi bergantung kepada cuaca hari berkenaan menerusi pemantauan selama tiga hari berturut -turut.

Ismail berkata demikian dalam tinjauan sambutan perasmian Dataran Daud di Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai, di sini.

Majlis dirasmikan oleh Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar yang merupakan bekas murid 1974-1976 bersama-sama Guru Besar SK Jalan Pegawai Huslina Mohd Hussain.

TETITIA YUSOFF