fb fb fb fb fb

JPJ laksana operasi bersepadu, kesan kesalahan operator bas persiaran - Anthony

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook

PUTRAJAYA, 1 Julai- Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan bahawa operasi bersepadu besar-besaran akan dilakukan di seluruh negara bermula pagi esok.

Tambah Anthony, operasi yang akan dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bertujuan mengesan ketidakpatuhan undang-undang yang dilakukan operator bas persiaran.

"Saya sudah bagi notis bahawa bermula pukul 6.00 pagi esok akan ada ops bersepadu dan ini akan berlarutan beberapa minggu," kata Anthony kepada pemberita dalam sidang media Penambahbaikan Vehicle Entry Permit (VEP), Penyelarasan Harga VOC dan Pemeriksaan Berkala Kereta Sekolah Memandu, di sini.

Beliau turut menyatakan siasatan berhubung kemalangan sebuah bas persiaran yang berlaku di Genting Highlands, Bentong, Pahang Sabtu lepas.

Siasatan lanjut mendapati pemandu bas berusia 32 tahun tersebut tidak mempunyai lesen memandu selain mempunyai 27 saman trafik lampau.

Selain itu, permit operasi bas tersebut juga telah tamat tempoh sejak 16 Februari lalu.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM