fb fb fb fb fb

JPJ galak pengguna jalan raya guna MyJPJ

FOTO FAIL

KUALA TERENGGANU, 7 Februari- Pengguna jalan raya digalakkan agar menyalurkan sebarang aduan berkaitan pemandu yang melanggar peraturan jalan raya menerusi aplikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau MyJPJ, ke arah proses pendigitalan (JPJ).

Pengarah JPJ Terengganu Zulkarnain Yasin berkata, pengadu hanya perlu memuat naik gambar atau video kesalahan jalan raya yang berlaku.

Turut diperlukan ialah lokasi dan waktu kesalahan bagi memudahkan tindakan diambil kepada pengguna jalan raya terlibat.

Mengulas lanjut beliau berkata, kaedah itu lebih mudah dan cepat berbanding sebelum ini dengan pengadu hanya perlu menyalurkan aduan melalui laman sesawang.

"Setakat ini masih ada lagi yang menggunakan e aduan cara lama dan setakat ini belum ada statistik. Disebabkan itu saya mahu menggalakkan pengguna jalan raya untuk bersama-sama bantu JPJ untuk memastikan berlakunya pematuhan dalam kalangan pengguna yang lain," kata Zulkarnain di sini, terdahulu beliau menjadi tetamu konti Terengganufm, di sini.

Beliau menjelaskan melalui e-Aduan@JPJ semua aduan lebih mudah disalurkan untuk tindakan pihak berkuasa.

TETITIA YUSOFF