KUALA LUMPUR, 19 Julai - Dua kawasan di Semenanjung merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 6 petang ini.
Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) kendalian Jabatan Alam Sekitar, kawasan terlibat ialah Johan Setia, Selangor dengan bacaan 147 dan Port Dickson, Negeri Sembilan mencatatkan bacaan 140.
Manakala 60 kawasan lain di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU sederhana.
Enam kawasan pula merekodkan bacaan baik, iaitu Samarahan, Limbang, Sri Aman dan Kapit di Sarawak serta Kimanis di Sabah, masing-masing dengan bacaan di bawah 50.
Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara adalah baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.
Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.