fb fb fb fb fb

JKPTG perlu wujud kaedah baharu, percepat urusan pindah milik tanah pusaka

(Foto fail)

IPOH, 17 Ogos- Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian (JKPTG) disaran mewujudkan satu kaedah baharu bagi mempercepat urusan pindah milik tanah pusaka.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata langkah itu perlu memandangkan kebanyakan tanah terbiar yang terdapat di negeri ini tidak dapat dibangunkan kerana proses pindah milik masih belum selesai.

"Bila keadaan begitu walaupun ada beberapa agensi contoh Felcra, Risda, SADC atau Koperasi Risda, koperasi pekebun kecil hendak bangunkannya mereka berhadapan dengan masalah sebab tuan tanah telah meninggal dunia. Mereka tidak dapat buat perjanjian dengan tuan tanah untuk menandatangani.

"Sebab itulah kita hadapi kekangan kepada pembangunan tanah ini walaupun ada orang berminat nak buat kerana ada tanah terbiar yang belum selesai bicara kuasa," kata Saarani selepas merasmikan Majlis Amanat Cikgu Saarani, Program Wacana Perak Sejahtera 2030 dan Penyampaian Insentif Kecemerlangan Sukan Peringkat Antarabangsa di sini.

Dalam majlis tersebut seramai 24 atlet kelahiran Perak menerima insentif dengan nilai keseluruhan RM41,400.

(Datuk Seri Saarani berkata JKPTG perlu wujud kaedah baharu, percepat urusan pindah
milik tanah pusaka)

Media Baharu