fb fb fb fb fb

JKDM guna mesin AI kenal pasti barang terlarang

JKDM akan turut menambah Anjing Pengesan Dadah bagi mengawal ketat penyeludupan dadah terutamanya di pintu sempadan negara.

KUALA LUMPUR, 17 Januari- Mesin pengimbas teknologi kecerdasan buatan (AI) telah diperkenalkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin @ Mohd Zainuddin berkata ia merupakan salah satu aset baru yang digunakan untuk memantapkan lagi penguatkuasaan undang-undang melalui kawalan sempadan.

"Tahun lepas kami telah buat perolehan tujuh unit mesin pengimbas baru yang telah dilengkapi dengan teknologi terkini AI dan telah ditempatkan di KLIA minggu lepas. Sebanyak tujuh unit, lima di 'Main of Building' (MTB) dan dua lagi di KLIA2 dan AI ini sangat canggih, sebab bukan sahaja barang terlarang boleh dikenal pasti tetapi nikotin juga," kata Anis kepada pemberita menerusi program terbitan Radio Televisyen Malaysia di sini.

Tambahnya, pegawai kastam juga turut diberi latihan 'Human Intelligence'untuk mengecam imej melalui mesin pengimbas tersebut.

JKDM akan turut menambah Anjing Pengesan Dadah bagi mengawal ketat penyeludupan dadah terutamanya di pintu sempadan negara.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM