fb fb fb fb fb

Jenazah SUK Negeri Melaka, Zaidi Johari selamat dikebumikan

Jenazah, Zaidi Johari, 54, disemadikan di Tanah Perkuburan Masjid Al Ihsan, Alor Gajah, Melaka petang tadi

ALOR GAJAH, 19 April- Jenazah Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Melaka, Datuk Zaidi Johari, 54, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al Ihsan, Kampung Tebong di sini pada pukul 2.45 petang tadi

Terdahulu, jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Al Azim pada pukul 11.10 pagi sebelum dibawa ke Kampung Tebong.

Solat jenazah di Masjid Al Ihsan pula diimami oleh Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Halim Tawil.

Allahyarham yang merupakan SUK Negeri Melaka ke-29 menghembuskan nafas terakhir di Hospital Melaka akibat serangan jantung.

Suasana hiba mengiringi pemergian beliau di tanah perkuburan dengan dihadiri oleh pimpinan Kerajaan Negeri dan ahli keluarga bagi memberi penghormatan terakhir.

Allahyarham mula berkhidmat di Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 2017 sebagai Pengarah Tanah dan Galian di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Melaka

Pada 2020, Allahyarham telah berkhidmat sebagai Pegawai Kewangan Negeri di Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka sebelum sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka yang ke-29 pada tahun 2022.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak.

ARTIKEL BERKAITAN
SUK Negeri Melaka meninggal dunia
Pemergian Zaidi Johari satu kehilangan besar - Ab Rauf

SITI AISHAH MD ISA