fb fb fb fb fb

Jenazah pelakon Roslan Salleh selamat dikebumikan petang tadi

Foto Bernama

MASJID TANAH, 7 Februari - Jenazah pelakon veteran Roslan Salleh, 69 tahun meninggal dunia 7.00 pagi tadi, selesai dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rantau Panjang, Masjid Tanah, pada pukul pada 3.15 petang.

Terdahulu jenazah Roslan dibawa ke Masjid Ar Rahman Kampung Rantau Panjang untuk dimandi, dikafan dan disembahyangkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan untuk pengebumian yang dihadiri hampir 100 orang terdiri daripada ahli keluarga, saudara, kenalan dan rakan artis.

Menurut isteri kepada Allahyarham, Zainon Majid, 61 tahun, ketika cuba mengejutkan suaminya daripada tidur untuk bersarapan arwah langsung tidak memberi sebarang reaksi.

Katanya, sejak semalam Allahyarham mengalami demam hingga menyebabkan dia tidak lalu makan sewaktu bersarapan.

"Sudah sembahyang saya pergi gerak dia (Allahyarham), tengok-tengok dia macam tangan tidak bergerak, saya pun panggil dia kejutkan dan sudah tiada..tapi panas lagi lah ketika itu. Belum sejuk lagi. Dan saya panggil anak saya ketika itulah," kata Zainon.

Sementara itu, rakan artis yang ditemui berkata, Allahyarham adalah seorang yang lemah lembut dalam berkata kata dan tidak pernah lokek memberikan nasihat.

"Dia (Allahyarham) ini saya anggap macam adik saya sendiri kalau ada pengambaran saya dengan dia selalu kami bincang apa masalah, bak kata tadilah macam saya kata dia ni macam adik saya dia," kata Zulkifli Mohamad.

"Sedihlah kita memang tahu kawan kita ada sakit kencing manis tetapi apabila kita dapat tahu dia kehilangan penglihatan itu kita rasa sedihlah. Kita dengan arwah ni dia suka berseloroh kalaudia bagi nasihat pun dalam masa dia gelak,"kata Maimunah Ahmad

AllahyarhamRoslan merupakan merupakan pelakon veteran dan membintangi banyak drama dan filem popular antaranya Sembilu II, Gerak Khas The Movie II, Munafik II, Anak Perjanjian Syaitan dan Ratu Kala Jengking:Puteri Keranda.

Allahyarham kemudian meneruskan perniagaan keluarganya iaitu Daging Dendeng Pak Lan yang dijual secara kecil-kecilan di sekitar Alor Gajah.

TETITIA YUSOFF