KOTA DAMANSARA, 27 Oktober- Jenazah penyanyi kumpulan Indigo, Allahyarham Bad selamat dikebumi pada pukul 2.30 petang tadi di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 48 tahun di tempat kerjanya di sebuah bengkel di Ampang, semalam.
Allahyarham dilapor menghidap kencing manis serta menjalani pembedahan buang tiga jari kaki pada Mei tahun lalu.
Allahyarham penyanyi kumpulan Indigo yang ditubuhkan pada tahun 1996.
Artikel Berkaitan
Bad Indigo meninggal dunia