KUALA LUMPUR, 14 Mei- Perkembangan terkini jemaah yang terkandas di Mekah baru-baru ini akan dimaklumkan selepas mendapat maklumat tepat dan sahih kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr. Zulkifli Hasan.
Ketika ini pihak berautoriti sedang menjalankan siasatan dan memohon rakyat Malaysia mendoakan kumpulan yang terkandas dapat menunaikan haji selamat pergi dan pulang
Pada masa sama Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Lembaga Tabung Haji sentiasa berperanan dan bertanggungjawab terhadap kebajikan dan keselamatan para jemaah haji negara.
"Buat masa ini semua pihak sekarang pihak berautoriti sedang melakukan siasatan dan kita akan maklumkan perkembangan terkini. Tetapi kita doakan supaya mereka semua selamat pergi dan pulang.
"Ini merupakan tanggungjawab bersama dan kita lihat Lembaga Tabung Haji dan Kementerian Hal Ehwal Agama memang mengambil peranan dan dan mengambil tanggungjawab kebajikan dan juga semua seluruh rakyat Malaysia tidak mengira sesiapa sahaja," katanya selepas merasmikan International Waqf Conference 2024 di sini.
Persidangan itu menghimpunkan lebih 150 pakar akademik, pemain industri sektor kerajaan serta swasta dari dalam dan luar negara seperti Jordan, Nigeria, Indonesia dan Singapura membincangkan tentang waqf dari pelbagai perkspektif
Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) Datuk Selamat Paigo; Tinbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat Universiti Kebangsaan Malaysia Datuk Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia Dr. Ridzwan Bakar turut hadir ke persidangan itu.